SEARCHING

WHAT' S NEW?

Wednesday, April 27, 2011

JV Project : First Phase

Dah lama sebenarnya projek pertama JV JDMdecals Garage bersama EmblemSticker ni siap. Cuma disebabkan tahap kesihatan dan mood yang tak berapa baik sejak akhir2 ni, aku batalkan saja niat untuk update berkenaan dengan projek ni. Agak lama juga Bro Lotfi menunggu sticker2 custom beliau disiapkan. Ternyata berkat kesabaran beliau akhirnya terbalas jua. Logo rebadge EmblemSticker bersama sticker2 custom akhirnya berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.

Proses pembaharuan semula logo EmblemSticker diilhamkan daripada logo keramat kaki2 JDM iaitu JAF (Japan Automobile Federation) lalu diubah mengikut citarasa sendiri tetapi masih mengekalkan identiti Rising Sun. Tag Elderly Driver atau lebih dikenali sebagai Soshinoya merupakan Tag Lesen 'P' di Jepang dijadikan simbol utama bagi logo EmblemSticker. Kebiasaannya, tag sebegini sinonim dilihat tergantung di cermin belakang kereta original mahupun kereta celup JDM. Jenis tulisan EmblemSticker di sekeliling tag tersebut juga bercirikan tulisan Jepang  (nak letak ayat betul kang bukan semua orang boleh baca tulisan Jepang.. aku pun tak tau baca.. =>) Angka 2009 pula merupakan tahun EmblemSticker dipercayai memulakan operasinya. Gabungan huruf medieval 'ES' merupakan singkatan bagi nama EmblemSticker dan diletakkan di bahagian tengah tag. Huruf 'J', 'D' dan 'M' pula mengisi ruangan kecil di penjuru atas, kiri dan kanan tag di hujung bulatan merah. Warna merah pula menghiasi sebahagian besar logo dan akhir sekali, keseluruhan logo dicondongkan 15 darjah ke timur supaya tidak kelihatan kaku@skema.