SEARCHING

WHAT' S NEW?

Showing posts with label Coret-Moret JDMdecals Garage. Show all posts
Showing posts with label Coret-Moret JDMdecals Garage. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Review Majalah K-Kompak Keluaran Februari 2012 Edisi ke-85

Gambar scan Majalah K-Kompak Keluaran Februari 2012 Edisi ke-85





Tahniah buat bro Pitt dan bro Jekek kerana telah terpilih menjadi top model K-Kompak edisi ke-85.. ;)

Sunday, January 15, 2012

Review JDMdecals Garage 2011 & K-Car Mega Gathering @ Dataran Ayer Keroh, Melaka 2011

Dah terlalu lama rasanya aku tak bersembang sorang2 kat ruangan Coret-Moret JDMdecals Garage ni. Kalau dulu, ada masa2 senggang untuk aku membebel kat blog ni.. ada masa untuk bersosial bersama kawan2.. tapi sekarang,  masa yg ada terasa begitu terhad hanya kerana nak cari rezeki lebih. Siang terasa  seperti malam.. malam pun terasa seperti siang. Hingga kadangkala terdetik hati alangkah bagusnya masa 24 jam tu ditambah kepada beberapa jam lagi.. hanya untuk aku berehat. Tapi yg di atas dah tetapkan macam tu.. pandai2 la kita bahagikan masa sebaik-baiknya tanpa kita lupakan Dia..

Alhamdulillah.. diam tak diam dah setahun rupanya bisnes sambilan ni berjalan sejak November 2010.. Setakat ni takde apa2 masalah besar untuk aku teruskan bisnes ni selagi mampu.. Macam2 ragam customer aku jumpa.. Dari yg bersopan santun hingga ke tahap nak bergaduh pun ada.. Bilangan customer dan tempahan pula semakin bertambah hingga kadangkala aku boleh terlupa untuk pos sticker yg ditempah walaupun bayaran dah dibuat.. Minta maaf la kat beberapa customer yg pernah mengalami masalah ni. Maklum la.. ingatan yg ada mungkin dah sampai ke tahap yg maksimum. 

Sticker2 JDMdecals Garage pun dah sampai ke setiap negeri di seluruh Malaysia. Dan juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu ke Australia dan Perancis. Satu pencapaian yg agak memberangsangkan untuk seorang beginner seller. Kredit utk famili aku yg tak putus2 beri sokongan dan sanggup membantu aku utk mengeposkan barang@sticker kat pejabat pos. Kredit juga utk kawan2 yg bagi aku semangat dan sanggup turun padang membantu aku menampal sticker.. dan tak lupa, kredit utk seseorang yang satu ketika dulu pernah bagi aku sokongan dan idea2 menarik ketika di awal aku mula buat bisnes ni... Hmm... Misi utk 2012 ni mungkin agak berat rasanya utk aku sekurang2nya menyamai pencapaian seperti bisnes pada tahun lepas.. huhu.. takpe bro... ko kena yakin.. ;)

Sebelum aku mengundurkan kereta, jom kita layan beberapa snapshot gambar yang diambil ketika sesi K-Car Mega Gathering yang berlangsung di Dataran Ayer Keroh, Melaka pada cuti Krismas tahun lepas. Ramai kaki2 JDM K-Car yang turun utk memeriahkan lagi Mega Gath kali ni. Kredit utk Bro Pit & Bro Jekek yg sudi membantu menjual sticker2 JDMdecals Garage masa tu. Tersentap juga bila tak dapat join event ni disebabkan kesibukan kerja di pangkalan. Mungkin Mega Gath tahun ni boleh la join jika tiada tiang lampu yg melintang di atas jalan.. Hasil jualan walaupun tak mencapai target yang ditetapkan, tetapi puas juga rasanya. Yang penting, rezeki tuhan kita cari dengan cara yg halal. Alhamdulillah.. ;)




























Wednesday, June 1, 2011

Keajaiban Mat Jamil dan Honda Civic

Bosan??? Takde keje nak buat??? Jom layan artikel ni... 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CAMPURAN warna terang dicalitnya secara spontan dan yakin di atas kertas. Tidak sedikit pun berasa terganggu dengan kehadiran pengunjung di sisinya, Mat Jamil Ramli, 26 sebaliknya memberi fokus penuh kepada lukisan di depan mata ketika ditemui di pejabat Artis Pelukis Mulut dan Kaki (MFPA), Ampang Park, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini .

Satu demi satu garisan yang dicalit itu membentuk imej ayam. Usaha anak kelahiran Terengganu sebenarnya layak dipuji.

Lahir dengan tanpa kedua-dua belah tangan, Mat Jamil bukan sahaja tidak mensia-siakan bakat semula jadinya itu, malah dia dilatih untuk menggunakan seni sebagai mengasah daya kreativitinya.

Sejak umur tujuh tahun, dia telah belajar cara bersendirian menggunakan kakinya untuk melukis dan mewarna. Bekas ahli sukan Paralimpik mewakili negeri Terengganu, dia tidak pernah patah semangat dan percaya kepada kebolehan diri sendiri.

Tiga tahun lalu, dia memenangi Anugerah Khas Panel Penilai Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2008. Ketika itu, Jamil terharu dan terkejut dengan pengiktirafan kali pertama itu walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atas sumbangan ikhlas dalam aktiviti belia.

Mat Jamil yang menyertai MFPA sejak 2003 membuktikan golongan orang kelainan upaya( OKU ) setanding dengan insan normal lain jika ada kesungguhan dan keyakinan.

“Golongan OKU tidak harus berasa rendah diri. Kita perlu tunjukkan pada masyarakat bahawa kita mampu buat apa yang orang normal buat.
“Apa yang penting ialah kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai minat yang tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan," ujar ahli Persatuan Belia Felda Bukit Bading, Terengganu itu.

Sepanjang menghasilkan karya lukisan, Mat Jamil banyak merujuk kepada internet untuk mencari idea-idea baru. Ditanya bagaimana dia boleh mahir melukis dan melakukan aktiviti harian menggunakan kaki, Mat Jamil berkata, dia sudah biasa melakukannya sejak kecil lagi.

Minat dan bakat yang lahir semula jadi daripada dirinya tidak pernah disia-siakan, Mat Jamil mula terfikir untuk mencari sumber pendapat sendiri.

Atas dorongan keluarga dan rakan-rakan, Mat Jamil yang menyertai latihan kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Orang Kelainan Upaya di Bangi, Selangor.

Sejak itu, Mat Jamil menghasilkan pelbagai lukisan untuk dijual menerusi MFPA.

Bagi mendapatkan sokongan pelanggan, Mat Jamil akan menulis surat menggunakan kaki sendiri untuk memohon bantuan.

“Sokongan orang ramai dapat membantu diri sendiri dan menggalakkan kami untuk menghasilkan lukisan-lukisan untuk kad ucapan, kalendar dan produk lain. Selain menambah pendapat, hasil belian lukisan dapat membantu saya dan rakan-rakan pelukis mulut dan kaki yang lain meneruskan usaha,” katanya yang meminati lukisan alam sekitar yang menggambarkan kehijauan.

Baginya, melukis dapat memberi kepuasan lebih-lebih lagi apabila berjaya menghasilkan karya seperti yang dia bayangkan.

Berdikari

Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik ini juga tidak takut hidup berdikari di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur. Walaupun pada awalnya timbul rasa malu dan tersisih, Mat Jamil tidak pernah putus asa.

Kini dia menyewa sebuah rumah dan tinggal dengan kawan-kawan yang normal.

“Alhamdulillah, mereka menerima saya. Sekarang saya tidak ada lagi rasa malu tetapi yakin untuk meneruskan kehidupan.

Kalau saya makan di restoran pun, saya boleh menggunakan tangan seperti orang lain. bahkan menjawab dan menaip pesanan ringkas telefon bimbit pun saya tiada masalah,” katanya.

Nasihatnya kepada OKU yang lain, golongan ini perlu membuang rasa malu kerana peluang untuk berjaya ada di mana-mana sahaja.

Minat lumba kereta

Dalam diam-diam, Mat Jamil sebenarnya peminat setia perlumbaan kereta. Hasil usahanya melukis, dia berjaya mengumpul duit dan membeli sebuah kereta Honda Civic.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana seorang pemandu kereta tanpa tangan memandu kereta? Bagi anak muda ini, tiada yang mustahil jika ada usaha dan kesungguhan.

Selain menyertai Kelab Honda Civic Malaysia, Mat Jamil telah melakukan ubah suai keretanya supaya dia dapat memandunya.

Mungkin tidak seperti keadaan kereta lumba lain, Mat Jamil berhasrat impiannya itu akan tercapai suatu hari nanti.

“Saya memang meminati dunia permotoran atau kereta ini sejak kecil lagi. Alhamdulillah, saya berjaya mengumpul duit dan membeli sebuah kereta. Selain memenuhi impian, saya juga dapat pergi ke mana sahaja termasuk balik ke kampung, Terengganu dengan memandu diri sendiri,” katanya sambil tersenyum.




Sumber : Arkib Utusan Malaysia 29/05/2011

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moral of the Story
Nawaitu. Usaha. Tawakal. (NUT). Insya-Allah, apa yang dirasakan mustahil mampu untuk jadi kenyataan...

Thursday, March 17, 2011

Wednesday, March 16, 2011


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku posting gambar ni? Kenapa aku posting emblem Perodua Viva Elite Exclusive Edition ni ye? Pelik betul la.. Dah la tu takde letak tajuk untuk posting gambar ni... Macam ada something special je? Hehe.. Takpe la. Korang fikir la dulu sampai pengsan. Yang penting, aku agak teruja berkaitan gambar yang diposting ni.. K la. Jumpa lagi untuk sambungan kisah cerita pasal emblem ni dalam Coret-Moret JDMdecals Garage.. Chow!

Monday, February 21, 2011

JDMdecals Garage ada kedai ke?

Selang sehari selepas aku buka blog pada awal Disember 2010, handset buruk aku ni menerima SMS dari seorang customer yang berminat nak beli sticker.. “Bro, kawan berminat nak beli sticker. Kedai kat mane?”. Aku agak terkejut tapi hanya mampu tersenyum kelat sendirian. Aku membalas yang dia tak perlu datang ke kedai aku kerana aku sendiri tidak mempunyai kedai. Kalau berminat, bleh C.O.D. atau kalau jauh, boleh pos je. Soalan-soalan klise tersebut masih berterusan sehingga kini. Tak kurang juga ada yang terus menelefon dan bertanyakan soalan yang sama. Huhu. Ironinya, aku mempunyai pekerjaan tetap di siang hari dan hanya menjual sticker secara sambilan dari rumah (part-time). Lagipun, waktu kerja aku di waktu siang yang hampir mengikut waktu pejabat membolehkan aku mempunyai lebihan masa di waktu malam. Aku terfikir untuk menjual sticker je disebabkan aku pernah terlibat dalam bidang ni secara underground sewaktu zaman aku study dulu. Berbekalkan komputer rojak aku yang masih bernadikan processor Pentium 4 sejak dibeli pada 2007 (PC cari makan ni bro...) dan sebuah Cutter Plotter bersaiz 4 kaki panjang yang baru sebulan beroperasi...


Aku menganggap pertanyaan tersebut sebagai satu penghargaan untuk aku yang masih hijau dalam dunia sticker ni. Sekurang-kurangnya aku mempunyai pendapatan tambahan yang sudah tentu menguntungkan walau tidaklah sebanyak mana.. Alhamdulillah…